26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

SPRM digesa siasat insiden menteri buat ‘kecoh’ di KLIA

Agensi berkenaan perlu juga menyiasat mengenai dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam insiden berkenaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang didakwa membabitkan seorang menteri, kelmarin.

Menurutnya, agensi berkenaan perlu menyiasat mengenai dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam insiden berkenaan.

Beliau turut menyifatkan tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang merempuh masuk kawasan Imigresen di KLIA lantaran mendedahkan rasuah yang berlaku dalam Jabatan Imigresen (JIM) di KLIA amat serius.

“Jika tidak disiasat akan membesar dan seterusnya menjadi tamparan reputasi kepada JIM.

“Siapa yang salahguna kuasa di sini? Menteri atau Pegawai Imigresen? Kalau perempuan dari Timbuktu dalam keadaan yang sama adakah menteri akan berlelah ke kounter imigresen KLIA? Bab mana petistiwa itu yang didakwa berunsur rasuah?

Advertisements

“Rakyat perlu tahu. Pegawai Imigresen mesti buat laporan kepada SPRM untuk tentukan siapa yang rasuah?,”soal beliau menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, King Sing dalam satu kenyataan mengakui beliau adalah menteri yang dikaitkan dengan insiden kekecohan di KLIA, kelmarin.

Beliau bagaimanapun, mendakwa kehadirannya di sana selepas menerima aduan daripada pelancong yang telah membongkar satu peristiwa memalukan negara.

King Sing mendakwa, wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai imigresen dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan