25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Abdul Hadi masuk hospital, anak mohon doa semua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan oleh doktor.

Perkara tersebut dinyatakan anak lelaki beliau Muhammad Khalil menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya, kesihatan Ahli Parlimen Marang itu sedikit merosot sebelum sambutan Hari Raya AidilAdha pada Khamis lalu.

“Assalamualaikum, mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru.

“Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.

Advertisements

Menurutnya, kehadiran bapanya di majlis pelancaran jentera pilihan raya Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Terengganu beberapa hari lalu sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), pernah dimasukkan ke hospital pada Februari tahun lalu dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau ketika itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan