30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Hadi Awang dipanggil ke Bukit Aman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BUKIT Aman akan memanggil Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung satu ucapannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa Abdul Hadi sedia memberi kerjasama penuh.

“Pagi ini kami telah dihubungi pihak Bukit Aman untuk mendapatkan keterangan daripada Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen pilihan raya di Simpang Jeram, Johor.

“Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Tan Sri Tuan Guru, dan beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman,” katanya.

Sementara itu, Syahir berkata, ia bukan kali pertama Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman dan beliau sering memberi kerjasama.

Advertisements

Katanya, Abdul Hadi menaruh sepenuh keyakinan kepada siasatan pihak polis.

“Malah sebelum ini Tan Sri Tuan Guru telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan SKMM, bagi membantu siasatan.

“Dalam hal ini, Tan Sri Tuan Guru menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan,”katanya lagi.

Abdul Hadi dalam ceramahnya sepanjang PRK Simpang Jeram mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) akan memberi kelebihan untuk pertukaran kerajaan pusat.

Beliau juga turut mendedahkan bahawa bekas pemimpin PAS yang keluar parti dan menyertai Amanah kerana takut kalah pilihan raya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan