Wednesday, July 22, 2026

Lebih banyak hotel diharap sertai inisiatif ‘Payung Rahmah’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGUSAHA hotel di negara ini diseru menyertai inisiatif ‘Payung Rahmat’ dengan menawarkan pelbagai pakej menarik seperti Pakej Rahmah bagi meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan domestik.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini hanya dua hotel yang menyertai inisiatif tersebut iaitu Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur dan Hotel Elopura di Sandakan, Sabah.

“Pakej ini adalah satu tarikan yang sangat bernilai bagi mereka yang hendak datang ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah, tetapi pada masa sama dapat meningkatkan pertumbuhan industri perhotelan dan pelancongan domestik.

“Jadi dengan usaha ditunjukkan oleh hotel-hotel ini, kita mengharapkan supaya banyak lagi syarikat perhotelan akan dapat menyediakan Pakej Rahmah seperti ini dalam apa jua bentuk dan tidak semestinya hanya pada Ramadan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Salahuddin sebelum itu dalam ucapannya memberitahu beliau merancang membina satu sistem berasaskan kebajikan dii negara ini.

“Semalam dalam pasca mesyuarat Kabinet, saya telah melontarkan pandangan kepada rakan-rakan sepasukan supaya kerajaan memulakan usaha untuk membina satu sistem dalam apa bentuk sekali pun bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan.

“Ini penting supaya kebajikan rakyat yang memerlukan tidak dipinggirkan dengan kita akan memastikan bantuan yang diberikan mudah, berlandaskan satu sistem yang telus mengikut data-data kementerian berkaitan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan