32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Portfolio Menteri KPDN akan diisi segera – Anwar

Mesti Baca

PORTFOLIO Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Kabinet akan diisi secepat mungkin.

Itu jaminan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ditemui pada Majlis Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jawatan itu akan diisi selepas beberapa pertimbangan dibuat.

“Insya-Allah, kita akan isi kekosongan. Kalau ada cadangan sila tulis surat kepada saya secepat mungkin… saya pertimbangkan,” katanya ketika ditanya perkembangan portfolio Menteri KPN berikutan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Advertisements

Tugas Menteri KPDN ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Sementara itu, nengenai saranan agar beliau memberi penjelasan di Dewan Rakyat isu keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan mahkamah, Anwar berkata, mungkin, Insya-Allah.

Semalam, media melaporkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menggesa Anwar memberi penjelasan di Dewan Rakyat mengenai keputusan DNAA pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri akan datang.

Pada 4 September lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan. -BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan