29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Islamofobia: Malaysia tidak guna pendekatan ‘reaksionari’ – PM

Mesti Baca

MALAYSIA tidak akan menggunakan pendekatan reaksionari (reaksionis) atau bertindak balas berdasarkan emosional dalam menangangi Islamofobia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, negara berhasrat menggunakan pendekatan yang berhikmah dalam menangani gejala tersebut.

Sehubungan itu, beliau berkata, usaha mewakafkan sejuta naskhah al-Quran menghadirkan suatu isyarat yang jelas bahawa keganasan tidak dapat dihapuskan dengan keganasan.

“Usaha Kerajaan Perpaduan menyokong inisiatif ini adalah konsisten dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan al-Quran khususnya mengungkap semangat Madani yang menjunjung nilai dan akhlak bertunjangkan agama,” kata beliau hari ini.

Sebelum itu Perdana Menteri melancarkan penghantaran tiga kontena Wakaf Sejuta Quran oleh Yayasan Restu dan Nasyrul Quran di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Latiff Mirasa.

Advertisements
Majlis pelepasan lori yang membawa muatan naskhah al-Quran untuk diedarkan ke tiga negara.

Anwar berkata, penghantaran kali ini melibatkan 30,000 naskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dan Cina ke tiga buah negara iaitu Australia, Kanada dan United Kingdom.

Beliau berkata, dua fasa disasarkan antara 2023-2025 bagi tugas melengkapkan cetakan sejuta naskhah terjemahan al-Quran pelbagai bahasa dengan 15 bahasa disasarkan bagi fasa pertama manakala baginya pada fasa kedua.

Sempena itu, Perdana Menteri turut mendirikan solat Jumaat di Nasyrul Quran yang diimamkan oleh Fadilatush Shaykh al-‘Allamah al-Muhaddith Dr. Mustafa al-Nadawi, seorang ulama dari Mesir.

Manakala khutbahnya pula disampaikan oleh Mejar Jeneral (B) Dato’ Nawawi bin Daud, mantan Ketua Pengarah Kor Agama Tentera Darat (KAGAT).

“Usai solat, saya menyantuni jemaah dan warga Nasyrul Quran, sambil diajak bergambar dan bersalaman sebelum pulang ke pejabat untuk tugasan seterusnya,” katanya menerusi Facebook beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan