33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Tiada aktiviti jual minyak peket kepada warga asing – KPDN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan video tular yang mendakwa berlakunya aktiviti menyorok dan menjual minyak masak paket bersubsidi kepada warga asing.

KPDN menerusi kenyataan berkata, maklumat tersebut diperoleh hasil pemeriksaan pihak penguat kuasa ke sebuah pasar raya di Jalan Peel, Kuala Lumpur yang didakwa berlakunya aktiviti tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, berlaku salah faham antara beberapa pelanggan yang ingin membeli minyak masak paket satu kilogram (kg) bersubsidi dalam kuantiti yang banyak.

“Pihak pasar raya telah mengehadkan pembelian minyak masak paket bersubsidi maksimum hanya tiga paket sahaja bagi setiap transaksi namun ada beberapa pelanggan yang tidak dibenarkan membuat pembelian melebihi had tersebut tidak berpuas hati.

Advertisements

“Ketika proses pemindahan/pemulangan semula lebihan minyak paket tersebut oleh pekerja warga asing di kaunter pembayaran, video tersebut telah diambil pemilik video itu tanpa mengetahui punca sebenar yang berlaku.

“Pihak pasar raya juga mengesahkan tidak berlaku penjualan minyak masak paket hanya kepada warga asing sahaja seperti yang didakwa dan mereka juga telah membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, KPDN ingin menasihati orang ramai dan pengguna media sosial agar lebih berhati-hati sebelum menyebarkan maklumat yang tidak sahih di media sosial kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dan kekecohan orang ramai.

“KPDN juga ingin memberi amaran tegas kepada semua peniaga agar terus mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan termasuklah berkaitan barang- barang kawalan dan bersubsidi,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan peruntuk RM2.3 juta untuk program perpaduan YSS

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta kepada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi pelaksanaan program perpaduan bagi tahun ini. Menteri Perpaduan Negara,...

Lagi Artikel Berkaitan