26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia terus sokong usaha damai di Mindanao – Anwar

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap usaha-usaha Filipina di bawah pimpinan Presiden Ferdinand Marcos Jr untuk memastikan proses damai di Mindanao mencapai objektifnya.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia juga sedia untuk memberi bantuan pembinaan keupayaan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat Bangsamoro bagi menyumbang kepada kejayaan tersebut.

“Saya mengambil maklum mengenai satu Resolusi No. 318 daripada Parlimen Wilayah Autonomi Bangsamoro (BTA) di Selatan Filipina yang merakamkan penghargaan mereka terhadap komitmen serta sokongan berterusan kerajaan Malaysia dalam proses damai Mindanao.

“Seperti yang saya zahirkan sebelum ini, proses damai ini harus berjaya bukan sahaja demi kemaslahatan Malaysia dan Filipina, malah seluruh rantau ini juga,” kata Perdana Menteri menerusi media sosialnya.

Anwar mengulas mengenasi resolusi daripada Parlimen BTA yang dikeluarkan semalam menyatakan penghargaan mereka terhadap kerajaan Malaysia yang ingin membantu proses damai bagi menjadikan Mindanou satu kawasan aman dan membangun.

Advertisements
Resolusi Wilayah Autonomi Bangsamoro atas usaha Malaysia membawa pendamaian di selatan Filipina.

Semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Manila pada Mac lalu, kedua-dua pemimpin negara mengaku perlunya usaha berterusan dilakukan bagi membawa kedamaian selatan Filipina itu yang mana Malaysia memainkan peranan penting menamatkan pemberontakan penduduk Islam di wilayah sehingga penubuhan wilayah autonomi.

Marcos Jr dalam ucapannya turut mengiktiraf sumbangan besar Malaysia kepada proses damai tersebut dan berharap sokongan yang ditunjukkan sejak beberapa tahun lalu akan berterusan dan terus menyumbang kepada kejayaan proses damai dan penubuhan Wilayah Autonomi Bangsamoro.

Sementara itu dalam kunjungan balas Marcos Jr ke Malaysia, kedua-dua negara komited untuk mengkoordinasi usaha membangunkan Wilayah Autonomi Bangsamoro sebagai antara inisiatif memperkasakan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.

Antara sektor yang boleh diterokai bersama adalah seperti industri halal, perbankan Islam dan keselamatan makanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan