24.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

PN tidak mahu kerajaan stabil, mahu ulang kerajaan tebuk atap

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) didakwa tidak mahu kerajaan stabil kerana mereka sememangnya mengharapkan agar kerajaan tebuk atap berulang semula.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, PN juga sebenarnya mahu konflik terus berlaku.

“Besok Pemuda PN berdegil untuk terus berdemonstrasi isu melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Rugi jika tidak main isu Zahid. Ini bola tanggung” kata Tuan Ibrahim,”katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sehubungan dengan itu, secara sinis, Mohd Puad mencadangkan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan sahaja perhimpunan itu dilangsungkan.

“Elok PDRM (Polis Diraja Malaysia) benarkan sahaja. Bagi mereka berhimpun di Padang Merbok atau Stadium Titiwangsa.

“Biar PN buat di tempat yang tidak ganggu lalu lintas dan orang awam.

“Tetapi PN mahu buat demonstrasi Himpunan Selamatkan Malaysia yang panas dan kecoh. Sebab itu mesti buat di Kampung Baru.

“PN tidak mahu demonstrasi syok sendiri. Menunggu Pilihanraya Umum (PRU) empat tahun lagi terlalu lama.

Melihat perkara ini, dakwanya lagi, pemimpin PAS seronok duduk dalam kerajaan pusat dan jadi menteri.

“Sebab itu demonstrasi ini inisiatif PAS,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan