26.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

JIM Melaka gempur kelab malam, tahan 20 warga asing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Melaka menahan 20 warga asing selepas menggempur sebuah kelab malam menerusi “Ops Gegar” yang dijalankan pada malam kelmarin, sekitar Taman Melaka Raya, Melaka.

JIM menerusi kenyataan berkata, operasi penguatkuasaan dijalankan hasil aduan yang diterima dan risikan tentang kehadiran wanita warga asing yang disyaki menjadi “penarik” di kelab malam tersebut.

“Berdasarkan pemeriksaan, kesemua wanita warga asing terbabit telah menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja dengan menjadi gadis kalung bunga.

“Dalam operasi tersebut, seramai 45 orang termasuk pelanggan telah diperiksa dan seramai 20 orang warga asing ditahan yang terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh dan 15 wanita warga Thailand.

“Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun didapati telah melanggar syarat permit dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,”katanya.

Selain itu, JIM berkata, turut ditahan ialah lima lelaki warga asing yang bekerja sebagai krew kelab dan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai penari dan pelayan pelanggan serta dua orang warga tempatan yang disyaki bekerja sebagai penjaga dan pengurus premis.

Advertisements

“Sebanyak 12 Borang 29 (Saman Saksi) telah dikeluarkan ke atas pelanggan bagi membantu siasatan lanjut.

“Semasa serbuan dijalankan beberapa warga asing bertindak cuba melarikan diri mengikut pintu belakang dan ada yang sedang leka berhibur.

“Bagaimanapun, anggota operasi berjaya mengawal keadaan dan kesemua mereka berjaya ditahan. Antara kesalahan yang dikesan adalah di bawah Sek. 55B dan Sek. 56(1)(d) Akta 155 serta Per. 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,”katanya,

JIM berkata, pihaknya mengesan ramai warga asing yang menyalahgunakan kemudahan untuk tinggal di Malaysia dengan tidak pulang ke negara asal tetapi bekerja secara haram dan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.

“Berikutan itu, tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap pemilik premis dan majikan yang menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah serta dengan sengaja memberi perlindungan pada warga asing yang telah melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),”katanya,

Operasi berkenaan dilaksanakan sekitar jam 10.30 malam dengan kekuatan seramai 25 orang pegawai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan