26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 22, 2024

Sindiket seludup pendatang Indonesia tumpas, 15 ditahan

Mesti Baca

JABATAN migresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia seramai 12 orang warganegara Indonesia dalam satu di sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam, Selangor malam tadi.

Operasi yang bermula pada jam 8.05 malam itu melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak dan bertembung dengan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Alza, sebuah Perodua Bezza dan sebuah Proton Waja yang dipandu oleh tiga suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kesemua suspek yang memandu kenderaan tersebut mula memecut setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas.

“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi telah menahan seorang lelaki tempatan disyaki sebagai ‘mastermind’ berusia dalam lingkungan 47 tahun dan dua orang lelaki tempatan yang disyaki sebagai ‘transporter’ berusia antara 31 hingga 40 tahun.

Wanita dan kanak-kanak warga Indonesia antara ditahan. – Foto: JIM

“Turut ditahan dua orang lelaki warganegara Indonesia, seorang perempuan warganegara Indonesia dan seorang kanak-kanak lelaki warganegara Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, hasil soal siasat, pasukan telah diatur gerak ke kawasan paya bakau di sekitar Sabak Bernam dan berjaya menahan lagi lapan orang lelaki warganegara Indonesia yang baru tiba daripada Indonesia melalui laluan laut.

Katanya, jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 15 orang dan berusia dalam lingkungan 5 hingga 52 tahun.

Advertisements

Beliau berkata, hasil semakan awal mendapati dua orang lelaki warganegara Indonesia telah tinggal lebih masa manakala 10 lagi warganegara Indonesia termasuk seorang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.

“Pasukan operasi telah merampas lima naskhah pasport Indonesia, wang tunai sebanyak RM6,200 dan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi, sebuah Perodua Bezza dan sebuah Proton Waja yang dipercayai untuk mengangkut PATI,” katanya.

Kata beliau, modus operandi sindiket adalah dengan menggunakan laluan laut untuk membawa masuk dan keluar warganegara Indonesia dari Tanjung Balai, Indonesia ke Sungai Besar, Selangor.

Sindiket tersebut, katanya, menggunakan kapal nelayan dan menukar kepada bot kecil di tengah lautan. ‘

Mastermind sindiket ini akan mengatur pergerakan masuk dan keluar dari Malaysia, kenderaan yang akan digunakan untuk membawa migran dan dipercayai berhubung dengan sindiket di Indonesia.

“Sindiket akan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 hingga RM2,500 bagi setiap seorang mengikut jantina dan telah beroperasi selama setahun,” katanya.

Dalam pada itu, seramai tiga orang lelaki warganegara Malaysia ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Manakala kesemua warganegara Indonesia ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6(3) dan Seksyen 15(4), Akta Imigresen 1959/63 dan ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan