26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 22, 2024

Jejambat SPE didakwa retak, menteri arah siasatan serta-merta

Mesti Baca

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) diarah menjalankan siasatan serta-merta berhubung dakwaan berlaku keretakan pada jejambat lebuh raya bertingkat Setiawangsa-Pantai (SPE) berhampiran Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau amat memandang serius perkara tersebut dan turut mengarahkan konsesi lebuh raya tersebut untuk membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera.

“Saya amat memandang serius perkara ini. Saya telah mengarahkan LLM dan syarikat konsesi Lebuh Raya SPE untuk turun ke tapak pada malam ini juga bagi membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera.

“Keselamatan semua pihak terutamanya pengguna jalan raya amat dititikberatkan,” katanya menerusi platform X, lewat malam tadi.

Advertisements

Beliau mengulas mengenai penularan gambar yang menunjukkan keretakan pada salah satu jejambat yang menghubungkan lebuh raya bertingkat tersebut sepertimana dikongsi oleh twitter UpdateInfo.

Menerusi ciapan itu, akaun tersebut membuat perbandingan dua keping gambar jejambat yang sama iaitu rakaman oleh Google Map yang dibuat pada April lalu dan gambar yang dirakam seorang pengguna jalan raya pada bulan ini.

“Eh flyover (jejambat) ni makin besar crack (retak) ke? Member tadi tengok. Dekat Jalan Cheras,” katanya.

Lebuh Raya SPE yang dibuka kepada pengguna pada November tahun lalu yang menghubungkan beberapa laluan utama di ibu negara termasuk antara Setiawangsa ke Kerinchi.

SPE yang turut menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dapat meningkatkan kecekapan rangkaian serta mengurangkan kesesakan di ibu kota. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan