26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

PRK: 206,073 pengundi berdaftar mengundi hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEAWAL jam 8 pagi hari ini, seramai 206,073 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baharu bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor.

Sebanyak 61 Pusat Mengundi melibatkan 362 saluran dibuka secara rasmi bermula jam 8 pagi ini bagi memboleh pengundi-pengundi berdaftar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Daripada jumlah tersebut, seramai 165,509 pemilih berdaftar melibatkan Parlimen Pulai.

Manakala DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi akan memilih wakil rakyat baharu bagi menggantikan penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

PRK itu diadakan berikutan kematian Salahuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Advertisements

Kedua-dua PRK itu menyaksikan saingan tiga penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Seramai 927 pengundi awal membabitkan pegawai dan anggota polis selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi parlimen Pulai, Selasa lalu manakala tiada pengundi awal di Simpang Jeram.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 3,370 petugas SPR ditugaskan bagi proses pengundian di Pulai dan Simpang Jeram.

Abdul Ghani semalam dilaporkan berkata suruhanjaya itu menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua PRK itu sekitar 70 peratus.

Pada PRU15, Salahuddin memperoleh 64,900 undi di kerusi Pulai – menang dengan majoriti undi 33,174, manakala bagi Simpang Jeram beliau mendapat 8,749 undi dengan majoriti sebanyak 2,399 undi.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan