27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Lelaki Pakistan tular tunjuk aksi wheelie ditahan polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga Pakistan yang tular melakukan aksi wheelie ketika menunggang motosikal di Jalan Kota Tinggi- Kluang, Johor, berjaya ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, video memaparkan suspek berusia 22 tahun menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya itu dikesan polis setelah tular di media sosial.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput itu telah disaman kerana tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

“Satu kiriman video dari Facebook ‘Kluang paranormal research’ dikesan memaparkan seorang lelaki Pakistan menunggang sebuah motorsikal jenis SYM VF3i melakukan aksi ‘wheelie’ dengan mengangkat tayar hadapan motosikal.

Advertisements

“Anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kluang telah melakukan risikan dan berjaya menahan suspek di hadapan sebuah kedai di Taman Majupadu pada pukul 6.45 petang, semalam,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Ujar Bahrain lagi, motosikal yang digunakan suspek telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

“Ujian saringan awal air kencing suspek didapati negatif. Suspek kini ditahan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hari bermula hari ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan