26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Program inisiatif Rahmah diteruskan walau kadar inflasi reda

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROGRAM-program intervensi melalui inisiatif Payung Rahmah dan Jualan Agro Madani akan tetap diteruskan walaupun kadar inflasi sudah semakin mereda.

Keputusan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicapai dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan beliau, pagi tadi.

“Meskipun kadar inflasi dalam negara telah mereda kepada 2.0 peratus iaitu kadar terendah dalam tempoh hampir dua tahun, Kerajaan Perpaduan kekal komited untuk meneruskan program-program intervensi melalui inisiatif Payung Rahmah dan Jualan Agro Madani.

“Inisiatif ini diteruskan dengan kerjasama Kerajaan Negeri yang akan memanfaatkan rakyat dalam usaha berterusan Kerajaan Perpaduan menangani isu kos sara hidup rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan telah mengarahkan agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk lebih proaktif bagi bertindak sebagai agensi pengedar Beras Putih Tempatan (BPT) terutama di kawasan  pedalaman.

Advertisements

“Ia sebagai usaha mengurangi kesulitan kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan beras susulan langkah intervensi yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan semalam,”katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, mesyuarat juga mendapat penjelasan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa bank utama dan penyedia perkhidmatan e-dompet yang menerima pembayaran melalui DuitNow QR telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengecualikan fi transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil.

“Selain itu, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) juga akan memperuntukkan sumber bagi membantu membiayai kos yang ditanggung oleh penyedia perkhidmatan pembayaran terutamanya penyedia bukan bank yang terus menawarkan pengecualian penuh kepada perniagaan mikro dan kecil,”katanya.

Sebelum ini, PayNet mengesahkan pelaksanaan yuran transaksi kepada vendor untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 November 2023.

Namun, yuran 50 sen akan dikenakan untuk urus niaga melebihi RM5,000 melibatkan pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan