26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Selangor, Yazan setuju tamat kontrak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC mengambil keputusan nekad dengan menamatkan kontrak pemain import dari Jordan, Yazan Al-Arab secara persetujuan bersama secara serta-merta.

Pengumuman rasmi dibuat Selangor FC hari ini menerusi laman sosial kelab insiden pasca aksi suku akhir menentang Terengganu FC, 24 September lalu antara pemain tersebut dan pengadil perlawanan.

“Berikutan Prosiding Tatatertib, kelab telah memutuskan untuk menamatkan kontrak Yazan Al-Arab melalui penamatan kontrak bersama secara serta-merta.

“Kami di Selangor FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yazan di atas khidmat dan bakti beliau buat Red Giants sepanjang dua musim bersama dengan kelab.

Advertisements

“Kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk masa depan Yazan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tonggak pertahanan import Selangor dilihat dengan sengaja menendang pengadil perlawanan, Mohd. Hasrol Mohd. Amir dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang tidak menyebelahi skuad Gergasi Merah.

Susulan itu, Yazan dilayangkan kad merah kerana tindakan tidak profesional berkenaan dan turut berdepan hukuman berat daripada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan