29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Gergasi Merah mudah diratah Harimau Selatan di final Piala FA

Mesti Baca

SELANGOR FC bagaikan pasukan ‘kerdil’ bagi Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mudah meratah juara Piala RCTI Premium Sports, Selangor FC 6-1 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.  

Turun dengan semangat yang tinggi ternyata tidak cukup buat skuad bimbingan Nidzam Jamil mengekang asakan berterusan JDT yang diketuai oleh penyerang berbisa mereka, Bergson dan Juan Muniz.

Bagaikan harimau lapar, anak-anak buah Hector Bidoglio meledakkan gol satu persatu bermula sepakan percuma Muniz yang menerobos ke kiri gawang dikawal Samuel Somerville pada minit ke-25.

Aksi cemerlang JDT berterusan apabila Arif Aiman Hanapi menggandakan kelebihan 2-0 pada minit ke-42 menerusi tandukan untuk meletakkan juara bertahan itu selesa di depan.

Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor bagai mendapat suntikan semangat baharu apabila Fortes merapatkan jurang pada minit ke-59.

Bergson melepasi kawalan dua pemain Selangor FC dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. – Foto: JST

Namun, kegembiraan Selangor tidak bertahan lama apabila Bergson berjaya manfaatkan peluang terhidang untuk kembali melebarkan kelebihan menjadi 3-1.

Advertisements

JDT semakin garang apabila Muniz menambah koleksi gol menerusi sepakan padu untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Melepaskan empat gol, Nidzam mengeluarkan Somerville dan digantikan Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin.

Bagaimanapun itu tidak menghalang Harimau Selatan menambah jaringan kelima menerusi Heberty pada minit 73.

Muniz mencipta hatrik juga menerusi sepakan percuma dengan keputusan 6-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan besar itu membolehkan JDT mencipta sejarah menjadi pasukan pertama memenangi Piala FA tiga musim berturut-turut.

Manakala Gergasi Merah terus kempunan untuk menjulang piala dalam liga tempatan setelah kali terakhir mendakap Piala Malaysia pada 2015. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan