25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

‘Puisi Buat Sahabat’ daripada Zahid undang sebak perwakilan

Mesti Baca

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menitipkan satu puisi untuk Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2024 hari ini.

Puisi Buat Sahabat yang dibacakan beliau itu bukan sahaja membuatkan beliau sendiri sebak, malahan turut membuatkan air mata para perwakilan bergenang dan menitis.

Sebelum beliau berucap, para perwakilan terlebih dahulu disajikan dengan rakaman video yang memaparkan ucapan Najib yang menyatakan sokongan beliau kepada Zahid yang ketika itu selaku Ketua Pemuda UMNO.

Berikut bait-bait Puisi Buat Sahabat yang dibacakan oleh Zahid.

Sahabatku,
Saat kita lewati liku perjuangan ini,
Kau tebas denai dengan ketajaman fikiranmu,
Kau atur gerak dengan tangkas langkahmu,
Kau angkat darjat bangsa dengan kudratmu…

Advertisements

Sahabatku,
Saat kita mula mengatur langkah,
Kau ada dihadapanku menunjuk arah,
Kau tabah mengimami jemaah,
Kau kukuhkan ikatan ukhwah

Sahabatku
Tatkala kau duduk di empuknya kerusi kuasa
Kau sentiasa bingkas berdiri,
Membela nasib anak bangsa
Kau perah keringat menabur jasa
Ibarat lilin,
Membakar diri menerangi gelita…

Sahabatku…
Tiada yang lebih meruntun hati,
Apabila mengenang pada saat dan ketika ini,
Dirimu terkurung di sebalik jeriji besi
Bertemankan tembok dingin dan sepi…
Mengundang resah dan rindu kami…
Akan sosok tubuhmu
yang sering menemani…

Sahabatku…
Sebagai bukti sahabat sejati
Ku ikat diriku dengan ikrar dan janji
Ku susun langkah dengan bestari
Bagi memastikan engkau kembali
Kembali bersama ke pangkuan kami
Moga terbuka semua pintu hati
Moga usaha kami diredhai Illahi…

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan