27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis tahan ibu kandung, teman lelaki dera dua beradik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan ibu kandung dan teman lelaki kepada dua kanak-kanak perempuan yang dipercayai menjadi mangsa dera pasangan kekasih itu di sebuah kediaman di Jalan Meriam, Muar dua minggu lepas.

Kedua-dua suspek berusia 36 dan 38 tahun itu telah ditahan pada 2.30 petang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata seorang wanita warga Kemboja yang juga ibu kepada kanak-kanak malang itu dan teman lelaki warga tempatan ditahan susulan laporan yang dibuat oleh bapa kandung mangsa pada hari sama di balai Polis Muar.

Beliau berkata, lelaki berkenaan telah melihat kesan lebam ketika memandikan kedua-dua kanak-kanak yang masing-masing berusia lima dan enam itu, dipercayai akibat dipukul dengan rotan.

Advertisements

“Wanita ini disahkan tidak lagi tinggal bersama suaminya tetapi tinggal bersama suspek lelaki, dan disyaki telah memukul mangsa antara 16 hingga 26 September lepas.

“Kedua-dua mangsa kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar,” katanya menerusu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Raiz Mukhliz berkata, kedua-dua suspek ditahan reman hingga 6 Okt untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan