26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Naik belon percuma, nikmati pemandangan Shah Alam

Mesti Baca

ORANG ramai berpeluang menaiki belon udara secara percuma sempena sambutan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada Ahad, 8 Oktober ini.

Mereka yang bertuah akan berpeluang  melihat pemandangan bandar raya Shah Alam dari sudut berlainan dengan menaiki belon udara di Dataran Kemerdekaan MBSA, Seksyen 14, Shah Alam juga sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-23.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata, program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan itu akan bermula pada jam 7 pagi hingga 11 pagi.

“Program ini adalah inisiatif MBSA untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat khususnya warga Shah Alam.

“Selain itu, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) juga akan menganjurkan aktiviti ‘Zikir Walk’ pada hari yang sama dan 800 penyertaan awal akan mendapat T-shirt  secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi menarik penyertaan orang ramai, program itu juga turut mengadakan aktiviti Sembang Santai bersama Faizal Ismail dan Shamsul Ghau Ghau.

Advertisements

Pelbagai aktiviti menarik lain akan diadakan antaranya ‘Shah Alam Car Free Day – Fun Ride’, kayuhan santai, senamrobik, dan persembahan kombo MBSA.

MBSA berkata, pihaknya juga akan menyediakan aktiviti kepada kanak-kanak seperti mewarna, aktiviti memanah, Klinik Silat, ‘Parrot Brothers’, ‘Wall Climbing’ Perpustakaan Bergerak / Aktiviti Kraf Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA, dan Pejabat Bergerak Shah Alam on Wheels.

“MBSA juga akan mengadakan program ‘Eco Free Market’. Program ini adalah penyaluran dan edaran semula barangan terpakai secara percuma.

“Melalui program ini pengunjung hanya perlu membuat pertukaran barang kitar semula seperti botol air, botol kaca, tin aluminium dan surat khabar lama untuk mendapatkan kupon bagi membolehkan pengunjung mendapatkan barang-barang yang ditawarkan oleh penyumbang di ‘Eco Free Market’,” katanya.

Selain JAIS, pelbagai agensi lain terbabit seperti  Shah Alam Specialist Hospital (SALAM), Galeri Shah Alam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Rosyam Mart.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program ini dengan membawa ahli keluarga dan rakan-rakan sempena sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-23. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan