Wednesday, July 22, 2026

Proton X70 terbakar lepas rempuh belakang lori

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Proton X70 terbakar selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 31.7 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) malam tadi.

Dalam kejadian itu, dua wanita terselamat daripada rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas melanggar belakang lori membawa muatan air.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat, seramai 13 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.05 malam sebelum tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Berdasarkan laporan awal kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Proton X70 melanggar lori tiga tan membawa muatan air.

“Pelanggaran itu menyebabkan SUV itu terbakar 50 peratus manakala lori tersebut tiga peratus. Dua wanita berusia 37 tahun cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan