28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerajaan hargai jasa petugas Op Starlight II di Turkiye

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JASA dan pengorbanan seramai 110 pegawai serta anggota Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan Op Starlight II di Turkiye sangat dihargai serta mengharumkan nama negara.

Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan berkata, peroperasian Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman membuktikan kemampuan ATM untuk diaturgerakkan dalam masa singkat bagi melaksanakan sebarang operasi.

Katanya, HMM memulakan pengoperasian pada 15 Februari melibatkan dengan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi tahap tiga termasuk prosedur pembedahan kepada masyarakat setempat.

“HMM juga melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Kesihatan melalui Forward Medical Team (FMT). Pendekatan FMT adalah dengan mengatur gerak petugas kesihatan HMM ke rumah penduduk di sekitar Celikhan serta memeriksa warga tua dan yang lemah untuk disaring serta dibawa ke HMM untuk rawatan lanjut sekiranya perlu.

Datuk Seri Mohamad Hassan meluangkan masa melawat melawat pameran Galeri
bergambar misi Op Starlight II.

“Inisiatif ini dapat meningkatkan interaksi secara terus penduduk tempatan dengan petugas HMM, serta meningkatkan imej negara disamping membuktikan komitmen tinggi Malaysia dalam membantu Turkiye yang berada dalam kesulitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penghargaan Tim Misi Operasi Starlight II di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil perhargaan kepada wakil-wakil setiap elemen perkhidmatan yang menjayakan misi Op Starlight II.

Advertisements

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel.

Hadir sama, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus.

Datuk Seri Kohamad Hassan bergambar kenangan bersama 110 pegawai serta anggota Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melaksanakan Op Starlight II di Turkiye

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sepanjang operasi HMM selama 6 minggu, seramai 2,415 pesakit telah dirawat.

Katanya, ini termasuk 83 kes pembedahan yang berjaya dilaksanakan dan 159 pesakit yang telah diberikan rawatan oleh FMT.

“Komitmen dan tanggungjawab ATM ini membuktikan kerjasama awam-tentera (Cimic) bukan hanya dipraktikkan di dalam negara bahkan turut dilaksanakan di peringkat antarabangsa.

“Usaha berkenaan mendukung satu lagi elemen penting dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) iaitu Hubungan Pertahanan Antarabangsa,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan