33.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024

Pembantu jurulatih kebangsaan Serbia jadi taruhan Selangor FC

Mesti Baca

PEMBANTU jurulatih skuad kebangsaan Serbia dari Jepun, Katsuhito Kinoshi menjadi pertaruhan Selangor FC untuk memantapkan pasukan itu khususnya dalam usaha meraih sekurang-kurangnya satu trofi musim ini.

Pengendali berusia 60 tahun itu akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nidzam Jamil selaku Ketua Jurulatih skuad Gergasi Merah itu yang ‘mengangkat kaki’ selepas teruk dikecam para penyokong sendiri bulan lalu.

Kinoshi dikatakan seorang pakar dalam taktikal dan mempunyai kekuatan dari segi kualiti kepimpinan dan strategi, mendorong Selangor FC memilihnya.

Dilahirkan di Jepun, Kinoshi sebelum ini menjadi pembantu kepada Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Serbia, Grafan Stankovic  sejak 2021 dan turut membantu negara itu layak ke Piala Dunia 2022.

“Saya gembira menyertai Selangor FC dan tidak sabar untuk bekerja bersama-sama para pemain berbakat di sini,” Kinoshi dalam kenyataan Selangor FC malam tadi.

Advertisements

Kinoshi berkata, beliau akan membina kkuatan pasukan bukan sahaja dari segi taktikal tetapi juga semangat dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, beliau yakin dengan pengalaman yang dimiliki Kinoshi dapat merubah wajah Selangor FC selepas ini.

Selangor FC kini berada di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Super dengan merekodkan sembilan kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan dan mengumpul 29 mata daripada 19 perlawanan setakat ini.

Pasukan itu juga merekodkan dua kemenangan serta masing-masing satu kali seri dan satu kalah dalam saingan Liga Juara-Juara Asia II (ACL2), dan berada di tangga kedua di belakang Jeonbuk Hyundai dari Korea Selatan.

Malam tadi, pasukan itu yang kini di bawah bimbingan pengendali sementara, Abdi Hassan terikat 1-1 dalam aksi pertama Pusingan 16 saingan Unifi Piala Malaysia 2024/2025 bertemu Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Banjir: PMC utamakan kesihatan pesakit sedia ada, kakitangan

PUTRA Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah memperkukuh komitmen terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman dan...

Lagi Artikel Berkaitan