26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Amaran keras jika tukar label kampit beras – KPDN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran terhadap mana-mana individu atau syarikat yang melakukan penukaran label kampit beras.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 (Aka 730).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan.

“Manakala bagi syarikat, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Fuziah berkata, sehingga 2 September lalu, sebanyak 1,053 pemeriksaan telah dilakukan di bawah Ops. Jamin di seluruh negara yang melibatkan pemeriksaan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit. 

Katanya, sebanyak 47 aduan yang diterima melibatkan aduan harga, bekalan dan lain-lain berkaitan beras telah disalurkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk tindakan lanjut.

“KPDN memberi jaminan akan menggiatkan pemeriksaan di bawah Ops. Jamin bagi membanteras isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI).

“Kami memberikan amaran tegas kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan