34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KPDN tubuh unit risikan banteras ketirisan diesel bersubsidi

Mesti Baca

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menubuhkan Unit Risikan Perniagaan (BIU) di bawah bahagian penguat kuasa kementerian bagi membanteras ketirisan diesel bersubsidi secara lebih efektif.

Pemangku Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, unit yang akan digerakkan mulai 1 September ini akan menjalankan perisikan perniagaan di pasaran melibatkan isu-isu berkaitan sektor barang kawal subsidi, perdagangan, pengedaran dan perniagaan, industri perkhidmatan dan perniagaan dalam talian serta hal ehwal kos sara hidup.

Beliau berkata, penubuhan BIU itu merupakan antara langkah penambahbaikan Ops Tiris yang akan diteruskan untuk fasa kedua yang akan dilaksanakan mulai 1 September hingga 31 Disember 2023.

“Berdasarkan analisis data yang dilakukan, tindakan penguatkuasaan melalui pelaksanaan Ops Tiris telah menunjukkan impak positif dan KPDN telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaannya kepada Fasa 2.0 sehingga 31 Disember 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Ops Tiris telah dilaksanakan pada 1 Mac dan berakhir 31 Ogos ini.

Advertisements

Armizan berkata, pihaknya juga akan membuat penambahbaikan dalam fasa kedua dengan perluasan skop siasatan lebih menyeluruh meliputi semua rantaian daripada sumber pembelian bekalan sehingga pembeli akhir.

Katanya, ini bagi mendapatkan gambaran terperinci berhubung keseluruhan rantaian pasaran gelap minyak diesel yang disyaki turut melibatkan sindiket.

Melalui platform Ops Tiris 2.0 juga, bahagian penguat kuasa KPDN akan merintis risikan terhadap ketirisan subsidi lain seperti gas masak ceair (LPG), minyak masak, beras dan gula.

Mengenai hasil Ops Tiris yang telah dijalankan, beliau berkata, KPDN berjaya merampas sebanyak 4.31 juta liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM9.23 juta sepanjang enam bulan Ops Tiris tersebut.

Armizan berkata, pihaknya turut merampas aset serta peralatan lain sebanyak RM25.24 juta menjadkan nilai keseluruhan berjumlah RM34.48 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan