25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ops. Tiris: KPDN rampas diesel, aset berjumlah RM34.48 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas diesel bersubsidi bersama aset dan peralatan lain yang berjumlah RM34.48 juta sepanjang penguatkuasaan Ops. Tiris dari 1 Mac sehingga semalam.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 459 kes telah direkodkan yang melibatkan rampasan dan sitaan ke atas 4.31 juta liter diesel bersusidi bernilai RM9.23 juta.

Selain itu, katanya, KPDN turut merampas aset serta peralatan lain bernilai RM25.24 juta sepanjang penguatkuasaan dilaksanakan.

“Sebanyak 10,351 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara manakala sebanyak 121 aduan telah diterima berhubung isu berkaitan dalam tempoh yang sama. 

Advertisements

“Sebanyak 379 tangkapan juga telah dilakukan dalam tempoh yang sama melibatkan 305 individu merupakan warganegara, 71 individu merupakan warga asing manakala 3 individu adalah pemastautin tetap,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di ibu pejabat KPDN di Putrajaya hari ini.

Armiza berkata, Bahagian Penguat Kuasa KPDN telah membuka sebanyak 459 kes termasuklah 225 kes serahan yang diterima daripada rakan agensi strategik lain.

Ini termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan