31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

934,000 liter diesel bersubsidi nelayan diseleweng sejak 2021

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 167 kes melibatkan ketirisan diesel bersubsidi nelayan dilaporkan dalam tempoh tiga tahun sejak 2021 dengan rampasan 934,000 liter bahan api tersebut.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah itu bersamaan 0.04 peratus daripada jumlah kuota diesel bersubsidi yang diluluskan kerajaan iaitu sebanyak 70 juta liter sebulan.

Oleh itu katanya, kementerian melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dalam penyaluran diesel bersubsidi kepada bot nelayan zon A, B dan C.

“Kementerian juga bekerjasama dengan agensi lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Advertisements

“Ini dalam menjalankan pemantauan di kawasan perairan negara dan di sepanjang rantaian pengedaran minyak diesel bersubsidi kepada nelayan,” katanya menerusi jawapan lisan yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, kementerian tidak sesekali berkompromi dengan nelayan yang melanggar undang-undang dan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka.

“Bagi nelayan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan ketirisan diesel bersubsidi, tindakan penangguhan dan menyenarai hitam bot-bot nelayan secara serta-merta daripada menerima diesel bersubsidi telah dilaksanakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan