27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PAC bentang Laporan Pengurusan Wabak COVID-19, 30 Okt ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Kira-kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan Laporan Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) pada 30 Oktober ini.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, isu tersebut dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun.

Menurut beliau, PAC telah selesai mengadakan Mesyuarat Penyediaan Laporan (Housekeeping) berhubung Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment (PPE) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 16 dan 17 Oktober 2023.

“PAC telah mengadakan lima prosiding pada 15 Jun 2023, 22 Ogos 2023, 14 September 2023 dan 21 September 2023 dengan memanggil seramai 12 orang saksi.

“Mereka terdiri Mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong; Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) Patimah Ramuji; Timbalan Ketua Setiausaha KKM (Kewangan), Dato’ Sri Norazman Ayob; Mantan Ketua Setiausaha KKM (tempoh perkhidmatan 4 Julai 2015 hingga 3 Februari 2021) Dato’ Seri Chen Chaw Min; Mantan Ketua Setiausaha KKM (tempoh perkhidmatan 11 Februari 2021 hingga 9 Februari 2022), Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah.

“Selain itu, turut dipanggil, Mantan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham Abdullah; Mantan Ketua Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, KKM Datin Seri Dr. Asmah Samat; Pengerusi PHARMANIAGA Berhad, Izaddeen Daud; Pengerusi, Exco PHARMANIAGA Berhad, Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff; Mantan Pengarah Urusan PHARMANIAGA Berhad, Dato’ Farshila Emran dan Ketua Pegawai Operasi PHARMANIAGA Berhad, Mohamed Iqbal Abdul Rahman.

“Malah, isu ini turut didebatkan oleh ramai Ahli Dewan Rakyat ketika membahaskan LKAN semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 pada 6 Jun 2023,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mas Ermieyati turut memaklumkan prosiding berhubung Menteri Kewangan (Diperbadankan) – FELCRA Berhad yang sepatutnya diadakan semalam, 18 Oktober 2023 telah ditangguhkan.

Advertisements

“Ini memandangkan Pengarah Pengurusan syarikat WZR Property Sdn. Bhd. Datuk Wan Nadzir bin Wan Mohamad, tidak dapat hadir kerana beliau berada di luar negara ketika ini.

“Untuk berlaku adil kepada beliau dan syarikat, PAC memerlukan keterangan dan penjelasan Datuk Wan Nadzir Wan Mohamad memandangkan beliau terlibat dengan perkara yang ingin disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Susulan itu, saya mohon supaya saksi berkenaan untuk hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan terhadap isu ini,”katanya.

Sementara itu, katanya, PAC akan memulakan prosiding berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp. pada 23 Oktober 2023.

“Isu ini tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), jadi PAC menggunakan punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 77 (1) (d), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengadakan prosiding ini.

“Saksi yang dipanggil untuk prosiding ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Dato’ Haji Amran Haji Ahmad dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood,”katanya.

Ujar beliau, PAC juga mengalu-alukan orang awam untuk beri sebarang info bagi membantu prosiding PAC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan