26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Bom lama ditemui di Ladang Sembrong Kiri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pekerja ladang menemui sebutir bom lama ketika melakukan proses pembersihan di Ladang Sembrong Kiri, Sembrong, Johor pagi tadi.

Penemuan bom jenis Artillery Shell bersaiz 155 milimeter (mm) pada jam 11.10 pagi itu kemudiannya dimaklumkan kepada polis untuk diambil tindakan.

Pengendali Facebook Polis Johor memaklumkan, sebaik sahaja menerima maklumat terbabit, Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB IPD KLUANG telah menjalankan tindakan pemusnahan ke atas butir bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) di lokasi kejadian.

“Tindakan pemusnahan telah dijalankan dengan menggunakan teknik High order melalui kaedah elektrik.

Advertisements

“Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda,”kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata, Polis Johor ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan