27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi nelayan tumpas

Mesti Baca

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan dalam satu serbuan yang dilakukan di daerah Sungai Besar, Selangor, Selasa lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, premis yang terlibat disyaki menjadi stor haram tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi nelayan.

Beliau berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis itu, pasukan penguat kuasa telah menyita sejumlah 24,875 liter minyak diesel dan peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan dengan nilai rampasan kira-kira RM187,350.

Katanya, seramai tiga orang lelaki rakyat tempatan berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun telah ditahan yang disyaki wakil pemilik premis, pemandu kenderaan dan penjaga premis.

“Serbuan ini dibuat hasil risikan dan disyaki sindiket ini telah beroperasi dalam tempoh lama dan melibatkan penyelewengan subsidi diesel nelayan pada skala yang besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Armizan berkata, KPDN ingin memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Tegas beliau, mana-mana orang yang melakukan kesalahan melibatkan penyelewengan diesel boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Selain itu, katanya, individu atau syarikat yang terlibat akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Ia melibatkan kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan