26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

ACL: JDT diundi dalam ‘kumpulan maut’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LALUAN berliku menanti juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila diundi dalam kumpulan maut untuk saingan Liga Juara Juara Asia (ACL).

Dalam majlis undian sebentar tadi, skuad Harimau Selatan sekali lagi diletakkan bersama juara Liga Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan naib juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale dalam kumpulan I.

Satu lagi pasukan yang bakal ditemui anak buah Esteban Solari adalah naib juara Liga Thailand, BG Phatum United.

Pada saingan musim lalu, JDT muncul juara kumpulan I selepas merekodkan empat kemenangan, satu seri dan sekali tewas sekalo gus layak ke pusingan 16 terakhir.

Advertisements

Namun, JDT dibelasah 5-0 oleh wakil Jepun, Urawa Red Diamonds yang kemudiannya muncul juara ACL selepas menewaskan Al-Hilal secara agregat 2-1 di final yang berlangsung secara timbal balik.

Namun saingan berbeza pastinya dijanjikan JDT musim ini selepas pasukan di Liga Malaysia (Liga M) dibenarkan mengambil sebanyak sembilan pemain import.

Dengan masih kebal dengan rekod kemenangan 100 peratus dalam 20 perlawanan, JDT terus memperkukuhkan pasukan dengan merekrut dua pemain import baharu pada jendela perpindahan bulan lalu.

Ketibaan Heberty Fernandes dari Bangkok United dan perancang kreatif Jepun, Takahiro Kunimoto pastinya bakal memberikan lebih variasi dalam corak serangan skuad Harimau Selatan sekali gus memberi saingan dalam ACL. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan