26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jelajah IRAMA dapat sambutan, panelis hebat kongsi pengalaman

Mesti Baca

USAHA Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) mengadakan jelajah Bengkel Intensif Muzik Xpress mendapat sambutan menggalakkan daripada ramai anak muda.

Mereka yang hadir tampil lebih yakin menunjukkan bakat muzik yang ada pada diri masing-masing.

Dianjurkan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Pulau Pinang bersama unit Rakan Muda/Rakan Muzik Daerah, bengkel itu diadakan di lima tempat antaranya Alor Setar, Sg Petani, Kulim, Baling dan penutup di Pulau Pinang.

Bengkel yang khusus kepada anak-anak muda dari peminat muzik, pemuzik dan pencipta lagu/lirik dari umur 15 ke 30 tahun ini berjalan dengan baik dan tersusun.

Apa lebih penting, mereka teruja dengan beberapa ilmu dan info bagaimana menyertai industri muzik secara bijak samada untuk menjadikan kerjaya serius masa depan atau sekadar hobi.

Namun dalam masa yang sama ia memberikan pendapatan hasil dari menyanyi, membuat lagu dan merakam.

Banyak tips dan panduan didedahkan oleh panelis yang telah berpengalaman selama 30 hingga 40 tahun dalam industri muzik dan masih tetap aktif sehingga kini.

Ucaptama pengenalan industri muzik dibuat oleh Presiden IRAMA, Ayob Abd Majid yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang promosi, persembahanan dan perhubungan awam.

Mereka yang terbabit ialah Man Senoi atau Othman Masri dengan membawa topik cara mudah cipta lagu, membuat gubahan muzik dengan minimum chord, asal mengenal alat muzik termasuk vokal, cara membuat rakaman dengan mudah menggunakan software, laptop dan alat-alat home studio.

“Saya kongsikan pengalaman lebih 40 tahun bergelumang sebagai komposer, penerbit dan penggubah lagu serta pernah menjadi pensyarah muzik dan teknologi audio di beberapa kolej dan universiti seperti Aswara, LimKokWing,” katanya.

Kolej muzik Icon menjadikan Man Senoi berupaya mengenali bakat-bakat anak muda dalam bengkel dan memberikan kaedah-kaedah mudah serta nasihat berkenaan topik.

Advertisements

Sementara itu, Rozman Abas, pemilik syarikat rakaman dan pengedaran digital Loonaq Records, Rozman Abas berkata, untuk segmen bersamanya dia menyambung topik tentang kenapa dan bagaimana mendaftarkan sesebuah lagu yang telah dirakam bagi mendapatkan kad pengenalan digital atau ID kode.

“Ini perlu bagi memastikan semua Digital Streaming Platform (DSP) di seluruh dunia dapat mengenali siapakah pencipta lagu/lirik, pelaku (penyanyi/pemuzik) dan pemilik rakaman audio dan video sesebuah lagu yang ditonton atau didengar di alam internet.

“Nasihat saya kepada anak muda agar setiap rakaman yang telah siap sebaiknya didaftar dahulu bagi mengelakkan kita memuat-naik rakaman yang dikategorikan sebagai konten percuma dan terdedah kepada pencurian hakmilik,” katanya.

Beliau turut berkongsi kaedah-kaedah membuat pendaftaran samada secara terus atau melantik Badan Pengutip Royalti Persembahan Awam atau melantik pemborong digital (aggregator) bagi memasar atau monetize lagu di Spotify dan lain-lain DSP.

Katanya, beberapa tips lain turut dikongsi iaitu pendedahan berkenaan pendapatan pasif dari kutipan royalti pencipta lagu/lirik dari hakmilik rakaman dan dari royalti pelaku rakaman.

Pengalaman lebih dari 35 tahun dalam perniagaan dan kini mengurus lebih dari 3000 lagu di semua DSP pelbagai genre termasuk nasyid adalah aset berguna yang dikongsi kepada semua yang berminat.

“Saya fokuskan kepada anak-anak muda dan bakat baharu dalam program Rakan Muda dengan nafas baharu yang baru-baru ini dijenamakan semula,” katanya.

Bagi Sheikh Qalam pula, beliau berkongsi mengenai topik bagaimana membina jenama dan membuat promosi di media sosial serta peluang-peluang berkolaborasi penerbitan dengan penyanyi atau artis yang lebih popular.

Sheikh Qalam yang juga pencipta lagu dan lirik yang pernah memenangi beberapa anugerah Industri Muzik sebelumnya mempunyai pengalaman sebagai pengurus dan repertoire artis di beberapa syarikat rakaman antarabangsa.

Beliau juga bersama-sama mempelopori program TV popular suatu ketika dulu iaitu Akademi Fantasia dan Mastro Records yang mengurus semua artis-artis dari Akademi Fantasia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan