26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Bengkel, rumah di Ampang musnah dijilat api

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bengkel dan rumah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Lembah Jaya Utara, Ampang, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 4.11 petang.

Katanya, seramai 15 orang pegawai termasuk anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan Pandan telah digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba 12 minit kemudian bagi mengawal kebakaran.

“Setiba dilokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan begkel kereta dan rumah berkeluasan 80 kaki persegi masing-masing musnah 90 peratus dan 70 peratus.

Advertisements

“Ia turut memusnahkan dua buah kenderaan yang berada didalam bengkel tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, ketika kejadian terdapat enam penghuni warga asing berada di bangunan berkenaan terdiri daripada dua lelaki dewasa, wanita (tiga) dan seorang kanak- kanak.

“Namun, mereka telah bertindak menyelamatkan diri setelah menyedari kebakaran berlaku tanpa mengalami kecederaan,” ujarnya.

Morni berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.32 petang dan padam sepenuhnya 10 minit kemudian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan