30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Yana sedih tidak dapat pulang bersama bapanya

'Daddy baru fikir apa kita nak buka puasa malam ni? Ingat boleh sembahyang bersama keluarga'

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

ANAK perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa meluahkan rasa sedih kerana terpaksa pulang dari mahkmah tanpa ditemani bapanya, semalam.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Yana yang juga Exco Puteri UMNO berkata, bapanya ada memberitahu adik beradik yang beliau ingin berbuka puasa bersama keluarga selepas keputusan mahkamah dibuat, sebelum dibawa pulang ke penjara.

“Tadi sebelum Daddy dibawa pulang ke penjara, Daddy kata kepada Yana dan adik-beradik, Daddy baru fikir apa kita nak buka puasa malam ni? Ingat boleh sembahyang bersama keluarga,” luahnya di laman Facebook.

Tambahnya, mantan Ahli Parlimen Pekan itu hanya mahukan perbicaraan yang adil di atas setiap pertuduhan yang dihadapinya.

“Seumur hidup Datuk Seri Najib selalunya berfikirkan, adakah rakyat susah? adakah semua dapat makan ? Kita buat bantuan tunai, kita buat klinik, kita buat kedai, kita bina infrastuktur awam.

Advertisements

“Datuk Seri Najib tidak minta apa pun. Hanya perbicaraan adil,” ujarnya.

Beliau juga turut merakam ucapan terima kasih buat semua pihak yang hadir memberi sokongan buat bekas Presiden UMNO itu.

“Yana tahu ramai yang kecewa dan keputusan penghakiman hari ini juga mengejutkan perundangan kerana ia membawa kesan dan akibat besar.

“Yana berharap kita semua akan terus mengambil langkah bertindak dengan berani mempertahankan dan memperjuangkan keadilan penuh untuknya.

“Terima kasih kepada semua yang hadir ke mahkamah pagi tadi dan mendoakan kebaikan Datuk Seri Najib. Beliau kirim salam dan anda semua sentiasa menjadi inspirasi untuk beliau terus berjuang,” katanya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan