27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan mula tugas

Fokus hasil dan perbelanjaan kerajaan, subsidi dan jaringan perlindungan sosial, GLC serta hutang negara.

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEKRETARIAT Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan telah memulakan tugasan yang menfokuskan kepada empat skop utama.

Ketua Sekretariatnya, Nurul Izzah Anwar berkata, fokus berkenaan tertumpu kepada hasil dan perbelanjaan kerajaan, subsidi dan jaringan perlindungan sosial, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta hutang negara.

“Jawatankuasa ini sedar bahawa isu yang sedang dihadapi kini adalah adalah secara asasnya merentasi pelbagai dimensi, bersifat kompleks, meliputi cabaran struktural dan diwarisi sekian lama.

“Ternyata, sebelumnya sudah wujud kajian dan dapatan daripada kerajaan serta pihak-pihak lain merangkumi empat fokus utama tersebut.

“Maka kajian dan dapatan terdahulu akan juga diambil kira dengan menyuntik perspektif baharu sesuai dengan Malaysia yang kalis cabaran masa hadapan, insya-Allah,” katanya melalui ciapan di laman Twitter miliknya pada Sabtu.

Katanya, satu perbincangan secara berkelompok turut akan diadakan oleh jawatankuasa bagi mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak.

“Hasil dapatan serta cadangan daripada setiap fokus utama yang dikaji secara mendalam akan diserahkan dalam satu bentuk laporan kepada Menteri Kewangan,” tambahnya.

Kata Nurul Izzah lagi, laporan akhir akan diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. – Edisi 9

Terkini

Lima nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan asing ketika leka melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan