26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

Seramai 16 lelaki terdiri daripada dua warga tempatan disyaki penjaga premis dan 14 warga asing dipercayai pelanggan turut ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur malam tadi.

Operasi Tindakan Khas Premis Berisiko yang bermula jam 9 malam itu, dijalankan bersama polis selepas risikan di beberapa lokasi tumpuan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.

DBKL dalam kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya mengenal pasti premis-premis perniagaan yang menawarkan aktiviti seks dan pelacuran melibatkan wanita warga asing.

“Tujuh premis diserbu dan menahan empat wanita Bangladesh, India (satu) dan Indonesia (satu) disyaki bekerja sebagai pelayan.

“Seramai 16 lelaki terdiri daripada dua warga tempatan disyaki penjaga premis dan 14 warga asing dipercayai pelanggan turut ditahan,” menurut kenyataan tersebut.

Antara pelacur asing yang ditahan dalam serbuan di tujuh premis di sekitar Jalan Petaling. – Foto: DBKL

DBKL mengarahkan semua premis ditutup mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan turut dikenakan notis kompaun.

Baca juga:   Kenderaan berat tetap dilarang masuk bandar waktu puncak

“DBKL bertindak memecahkan 85 bilik yang dibina tanpa kelulusan serta membuat tindakan sita terhadap 212 pelbagai barangan dan peralatan dipercayai bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Antaranya, kondom, minyak pelincir, tisu basah, kipas dinding, cctv dan dibawa ke Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja untuk tindakan lanjut,” katanya.

DBKL berkata, barangan disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur untuk didokumentasikan dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis.

“Kerjasama bersepadu DBKL dan PDRM akan diteruskan dari masa ke semasa bersama agensi penguatkuasa yang lain selepas ini,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   DBKL angkut 11 motosikal halang laluan pejalan kaki di Kg Baru

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan