FGV Holdings Bhd mengumumkan pelantikan semula Shahrol Anuwar Sarman, pengarah lantikan kerajaan dalam Lembaga Pengarah FGV sebagai pengerusi interim berkuat kuasa hari ini.
Menurut FGV dalam kenyataan berkata, Shahrol Anuwar akan memegang jawatan berkenaan sehingga pelantikan pengerusi baharu dibuat oleh pemegang saham khas syarikat tersebut.
Lantikan Shahrol dibuat susulan tempoh perkhidmatan Pengerusi sebelum ini, Datuk Dzulkifli Abd Wahab tamat pada 31 Mac 2023.
Shahrol Anuwar mempunyai pengalaman luas dalam kepimpinan di dalam dan luar negara.
Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan. – Edisi 9
Related posts:
McDonald's Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis
Sistem pertahanan siber negara tahap tertinggi, terkawal daripada serangan
Tular: KKM nafi kenaikan caj perkhidmatan klinik
Kawkki Korean Flaming Chicken buka cawangan pertama di Malaysia
Dalia Farhana, Aziz Harun kongsi karya dalam Akhir Cerita