26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Liverpool rebah di Etihad

Kekalahan besar itu menjadi tamparan buat Liverpool dalam saingan meraih kelompok empat teratas

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City terus menghimpit kedudukan Arsenal selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam Liverpool 4-1 di Stadium Etihad, malam tadi.

Kehilangan Erling Haaland yang masih dibelenggu kecederaan tidak menghalang juaran bertahan itu berpesta hasil daripada Julian Alvarez, Kevin De Bruyne, Ilkay Gundogan dan Jack Grealish.

Kekalahan besar ini menjadi tamparan buat Liverpool dalam saingan meraih kelompok empat teratas dengan anak buah Jurgen Klopp itu kekal lima mata di belakang Newcastle United di tempat kelima.

Liverpool juga terlepas peluang merapatkan kedudukan dengan ketinggalan tujuh mata di belakang Tottenham dalam perebutan tiket terakhir Liga Juara-Juara (UCL) di musim depan.

Advertisements

Juara EPL 2020 itu terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah di minit ke-17 selepas hantaran jauh Trent Alexander-Arnold menemui Diogo Jota yang meluru dan melepasi Manuel Akanji sebelum meninggalkan bola untuk dirembat Salah.

Kelebihan Liverpool hanya kekal 10 minit apabila gerakan kemas City disudahkan Alvarez. 

De Bruyne meletaakan City di depan selepas rembatannya menerjah jaring sebaik babak kedua perlawanan bersambung.

Gol ketiga menyusul dengan tolakan sempurna Gundogan dari jarak dekat selepas Alvarez mencipta ruang buatnya, manakala Grealish menambah gol keempat untuk melengkapkan kemenangan bergaya City. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan