26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Arsenal terus gah di puncak liga

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DUA jaringan Gabriel Jesus membawa Arsenal mengekalkan kelebihan lapan mata untuk berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Leeds United 4-1 di Stadium Emirates, lewat malam tadi.

Jesus yang berehat panjang selepas alami kecederaan lutut sejak Piala Dunia 2022 di Qatar lalu menjaringkan gol selain Ben White dan Granit Xhaka turut mencatatkan nama selaku penjaring gol Arsenal.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta kini meraih kemenangan liga ketujuh berturut-turut berada dalam momentum terbaik dalam misi bergelar juara EPL musim ini.

Arsenal membuka tirai jaringan pada 10 minit terakhir babak pertama apabila Jesus  menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Luke Ayling.

Advertisements

The Gunners kemudian menggandakan kelebihan mereka selepas dua minit perlawanan bersambung, apabila pertahanan White menyudahkan hantaran Gabriel Martinelli.

Jesus menambah derita Leeds dengan gol keduanya berselang lapan minit kemudian hasil satu gerakan cantik bersama Leandro Trossard.

Jaringan Rasmus Kristensen merapatkan jurang kelebihan buat Leeds sebelum gol Xhaka yang menanduk masuk umpanan kapten Martin Odeegard memastikan tiga mata milik Arsenal.

Arsenal kekal berada di puncak liga dengan mengumpul 72 mata dengan kelebihan satu perlawanan berbanding Manchester City di tangga kedua dengan kelebihan satu perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan