26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Chelsea tumbang di tangan Villa

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

CHELSEA mengalami kekalahan pertama dalam lima perlawanan selepas tewas du tangan Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Gol pertama Villa hadir seawal minit ke-17 mengejutkan tuan rumah apabila lambungannya menerjah jaring lawan.

Kapten Villa, McGinn, kemudian melepaskan rembatan jarak jauh untuk menggandakan kelebihan pelawat sekaligus memberi tekanan buat Chelsea.

Kekalahan itu menamatkan rekod empat perlawanan tanpa kalah buat pasukan bimbingan Graham Potter itu sejak awal bulan lalu.

Chelsea kini menghuni tangga ke-11 EPL dan ketinggalan lima mata di belakang kelompok tujuh teratas dalam misi mereka untuk layak ke kejohanan peringkat Eropah (UCL).

Sementara itu, kemenangan Villa telah melonjak pasukab bimbingan Unai Emery di tangga kesembilan dengan 41 mata.

Chelsea seterusnya akan berdepan Liverpool awal pagi Rabu ini di Stamford Bridge manakala Villa pula akan berkunjung ke laman Leicester City pada hari yang sama. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan