25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

EPL: Spurs kekal di puncak liga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TOTTENHAM Hotspurs kekal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan lima mata, selepas menewaskan Crystal Palace, 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Selhurst Park, awal pagi tadi.

Gol sendiri daripada Joel Ward dan penyerang, Son Heung-min sudah cukup untuk memastikan Spurs mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan, sekali gus membuka jurang mata berbanding pasukan di tangga kedua, Manchester City.

Spurs mendominasi 72 peratus penguasaan bola di babak pertama namun skuad bimbingan Ange Postecoglu itu gagal merekodkan sebarang percubaan tepat dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan.

Bagaimanapun, pelawat akhir berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-53 apabila hantaran rendah James Maddison ditolak masuk oleh kapten Palace, Ward.

Pengurus Palace, Roy Hodgson yang mengendalikan perlawanan buat kali ke-500 hanya mampu melihat anak buahnya dua kali hampir menyamakan kedudukan masing-masing menerusi Odsonne Edouard dan Marc Guehi.

Advertisements

Namun, Spurs menggandakan jaringan pada minit ke-66 apabila Heung-min menyempurnakan hantaran Brennan Johnson untuk meledak gol kelapannya dalam liga musim ini.

Palace memperoleh gol saguhati pada minit keempat masa kecederaan menerusi Jordan Ayew yang mendada bola sebelum melepaskan rembatan voli melepasi jangkauan Guglielmo Vicario.

Kemenangan ini menyaksikan Spurs mengekalkan rekod empat kemenangan berturut-turut dan mengutip 26 mata dalam 10 perlawanan.

Secara kontrasnya, Palace kini mencatat tiga perlawanan tanpa kemenangan dan berada di tangga ke-11 dengan 12 mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan