26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Everton berdepan penolakan 12 mata

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton berdepan kemungkinan berdepan penolakan sehingga 12 mata jika didapati bersalah melanggar peraturan kewangan Liga Perdana pada musim 2021-22.

Kes kelab Merseyside itu dalam pendengaran oleh suruhanjaya bebas selepas merekodkan kerugian kewangan hampir RM2.15 bilion dalam tempoh tiga musim, melebihi syarat RM1.45 bilion yang ditetapkan.

Kata putus daripada suruhanjaya bebas itu akan menetapkan penolakan antara satu hingga 12 mata untuk mata yang dikutip kelab itu musim ini.

The Toffes kini hanya mengutip sebanyak tujuh mata dalam sembilan perlawanan dan jika penolakan maksimum diambil kira akan meletakkan kelab itu di tangga terbawah dengan negatif lima mata.

Advertisements

Hukuman denda dan sekatan perpindahan pemain juga dijangka akan dilaksanakan terhadap kelab berkenaan.

Menurut Mail Sports, difahamkan dua Burnley dan Leeds, dua kelab yang mengalami penurunan divisyen dalam tempoh dua musim lepas memberikan tekanan kepada Liga Perdana agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap Everton.

Kelab Merseyside itu sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menegaskan mereka tidak bersalah dalam pelanggaran peraturan kewangan.

Everton kini dalam proses pengambil-alihan oleh syarikat pelaburan Amerika Syarikat (AS), 777 Partners dan kini hanya menunggu kelulusan Liga Perdana bagi menggantikan Farhad Moshiri di Goodison Park. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan