27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Fenomena gerhana bulan separa Ahad ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAKYAT di seluruh negara berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka akan berlaku pada hari Ahad ini.

Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) berkata, fenomena tersebut boleh dicerap hanya dengan menggunakan mata kasar ini dijangka berdurasi 77 minit.

Katanya, ia dijangka bermula pada puku 3.34 pagi, seterusnya mengalami fasa kemuncak gerhana dimana enam peratus permukaan bulan akan dilindungi bayang-bayang umbra bumi pada pukul 4.14 pagi.

Advertisements

“Gerhana bulan separa akan berakhir pada pukul 4.52 pagi, tiga minit sebelum masuknya waktu Subuh di kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Ini merupakan fenomena terakhir sebelum rakyat Malaysia bakal menyaksikannya semula pada 8 September 2025 (Gerhana bulan penuh),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Justeru itu, Jakim menyarankan umat Islam di negara ini untuk melaksanakan solat sunat gerhana bulan (Khusuf) pada waktu tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan