26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Percepat projek infrastruktur, pindah milik tanah – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROJEK-projek pembangunan dan infrastruktur di setiap negeri perlu dipercepatkan termasuk mempermudahkan proses-proses antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti isu berkaitan pindah milik tanah.

Perdana Menteri berkata, perancangan dan pembangunan koridor turut perlu mengambil kira perancangan dan potensi pembangunan dengan negara-negara jiran.

“Penting bagi dipercepatkan projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri.

“Ini termasuk mempermudahkan proses-proses yang terlibat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti pindah milik pemilikan tanah,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di Putrajaya, semalam.

Mesyuarat tersebut membincangkan status pelaburan masuk dan pembangunan infrastruktur terkait dengan setiap koridor.

Advertisements

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM185 bilion pelaburan kumulatif telah dicatatkan okoridor utara pada 2022, melebihi sasaran RM146.5 bilion bagi 2021 hingga 2025.

“Iskandar Malaysia pula telah mencatatkan pelaburan komited berjumlah RM409.5 bilion berbanding sasaran RM383 bilion untuk dicapai sehingga 2025.

“Wilayah Ekonomi Pantai Timur pula telah menerima pelaburan komited berjumlah RM164.7 bilion,” jelas Perdana Menteri.

Beliau berkata, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan rasionalisasi agensi galakan pelaburan.

“Aktiviti promosi dan kelulusan insentif pelaburan akan dipusatkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA).

“Pihak berkuasa koridor pula akan menumpukan peranan untuk menyokong pelaksanaan/merealisasikan pelaburan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan