29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Nilai ringgit menyusut sedikit berbanding dolar AS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NILAI ringgit dilaporkan menyusut sedikit dan dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini.

Ia berikutan peningkatan hasil bon Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi terkini negara itu menguatkan lagi jangkaan bahawa kadar faedah akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lama.

Wang tempatan merosot dengan nilai kepada 4.7850/7895 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7780/7830 pada jam 9 pagi tadi.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berikutan data ekonomi AS terkini yang begitu positif, penanda aras bon Perbendaharaan AS meneruskan pergerakan ke arah paras 5.0 peratus.

“Justeru, ringgit dijangka lemah dalam julat RM4.78 hari ini kerana sentimen pasaran masih terkawal dan lebih memihak kepada prospek dolar AS,” katanya.

Pemain pasaran turut menantikan anggaran awal keluaran dalam negara kasar suku ketiga AS lewat hari ini untuk mendapatkan hala tuju keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang seterusnya sebelum mesyuaratnya pada akhir bulan ini.

Advertisements

Pada sesi awal dagangan, ringgit kebanyakannya bergerak lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7851/7905 daripada 5.7905/7965 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1858/1890 daripada 3.1866/1902 semalam.

Bagaimanapun, nilai ringgit lemah berbanding euro kepada 5.0525/0572 daripada 5.0494/0547 sebelum ini.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4858/4896 daripada 3.4871/4910 dan mengukuh berbanding baht Thai pada 13.1637/1804 daripada 13.1960/2153 sebelumnya.

Namun begitu, mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.4/301.9 daripada 301.0/301.5 dan turun berbanding peso Filipina pada 8.41/8.42 daripada 8.40/8.41 sebelumnya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan