30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tourism Malaysia rancang buka cawangan di setiap negeri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TOURISM Malaysia (TM) merancang membuka cawangan di setiap negeri sebagai usaha menggalakkan lagi industri pelancongan domestik dan antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Tiong King Sing berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) kini dalam proses mendapatkan kelulusan perjawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan peruntukan untuk membuka pejabat negeri.

“Pembukaan pejabat TM negeri amat diperlukan atas kepentingan pelancongan domestik dan antarabangsa kepada Malaysia.

“Ini kerana ia berperanan mempromosikan destinasi pelancongan di negeri masing-masing selain menggalakkan penduduk di negeri tersebut melancong ke negeri-negeri lain sekaligus merancakkan industri pelancongan tempatan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi jawapan lisan yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen, semalam.

Beliau menjawab soalan Dr. Siti Mastura Muhammad (Pas-Kepala Batas) mengenai perancangan kementerian untuk menambah lagi cawangan di setiap negeri bagi merancakkan industri pelancongan.

Sementara itu, King Sing berkata, pejabat TM negeri akan sentiasa bekerjasama rapat dengan ibu pejabat di Putrajaya dalam memastikan pasaran pelancongan domestik mahupun antarabangsa terus meningkat.

“Walau bagaimanapun, pembukaan pejabat TM negeri adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan dan peruntukan tambahan yang terlibat bagi tujuan tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan