27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MAHB jual pegangan dalam GMR Hyderabad International Airport

Mesti Baca

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) bersama anak syarikat milik penuhnya, MAHB (Mauritius) Pte Ltd melepaskan keseluruhan 11 peratus kepentingan dalam GMR Hyderabad International Airport Ltd (GHIAL) kepada GMR Group berjumlah AS$100 juta (RM478 juta).

GHIAL adalah syarikat induk yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad di India.

Kumpulan MAHB memperoleh 11 peratus kepentingan dalam GHIAL daripada Kumpulan GMR pada 2009 pada harga AS$10 juta (RM47.8 juta).

Sejak pengambilalihan, Kumpulan MAHB telah mengekalkan kepentingan minoriti pasif dalam usaha niaga itu.

Advertisements

“Penjualan ini adalah sebahagian usaha Kumpulan MAHB untuk menyelaraskan portfolio pelaburan luar negaranya dan membuka nilai daripada aset bukan terasnya, selaras dengan strategi pertumbuhan perniagaan antarabangsa kumpulan.

“Hasil daripada pelupusan itu akan dialihkan kepada tujuan korporat am dan perbelanjaan modal (CAPEX) dalam aset yang Kumpulan MAHB mempunyai lebih pegangan langsung dan kawalan,” kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

MAHB berkata, pendekatan pelaburan semula strategik itu adalah elemen utama strategi pertumbuhan kumpulan.

Katanya, ia membolehkannya mengoptimumkan portfolio pelaburan dan mengukuhkan kawalan ke atas aset teras, yang akhirnya membawa kepada nilai jangka panjang yang lebih besar untuk pemegang taruh. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

DSA 2024: Maritim Malaysia pamer operasi Carilamat secara VR

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menampilkan konsep infotainment pengoperasian agensi tersebut para Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA)...

Lagi Artikel Berkaitan