30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MAHB mohon maaf, aerotrain rosak di tengah landasan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA Airport Holdings Berhad (MAHB) memohon maaf kepada semua penumpang yang menghadapi kesulitan susulan kerosakan aerotrain, semalam.

MAHB dalam kenyataan di Facebook berkata, aerotrain itu rosak di tengah-tengah landasan dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang (semalam).

“Kami ingin memohon maaf kepada semua penumpang yang menaiki Aerotrain kami dari Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Bangunan Satelit.

“Apabila kereta api berhenti di tengah-tengah landasan, kami segera menghantar kereta api kedua untuk mengangkut penumpang untuk sepanjang perjalanan.

“Malangnya, tren kedua juga mengalami kesukaran teknikal yang mengakibatkan penumpang terpaksa berjalan kaki ke Bangunan Satelit untuk melengkapkan perjalanan.

“Bagaimanapun, sukacita dimaklumkan bahawa semua penumpang telah selamat sampai ke Bangunan Satelit dengan diiringi oleh pegawai keselamatan kereta api.

“Paramedik juga bersiap sedia untuk sebarang bantuan yang mungkin diperlukan. Penumpang kemudian dibawa ke hotel transit Sama-Sama Express sebelum menaiki penerbangan mereka,”katanya.

MAHB berkata, pihaknya juga mendapatkan bantuan syarikat penerbangan untuk memudahkan penumpang yang mungkin terlepas penerbangan disebabkan situasi ini.

Sehubungan dengan itu, kata MAHB, semua operasi Aerotrain telah dihentikan sehingga diberitahu kelak untuk membetulkan isu teknikal.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, kami telah memulakan program penggantian Aerotrain kami tahun lepas dan ia akan siap pada 2025.

“Kami sedang memuktamadkan fasa reka bentuk dan akan memulakan fasa pembinaan tidak lama lagi pada Q2 tahun ini.

“Sementara itu, tren sedia ada yang berusia 24 tahun berjalan pada waktu operasi yang dijadualkan untuk memastikan rejim penyelenggaraan yang mantap berikutan keadaan penuaannya,”katanya.

Terdahulu, tular di Facebook, kerosakan aerotrain itu menyebabkan penumpang terpaksa berjalan mengikut trek landasan untuk ke bangunan satelit dalam keadaan hujan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan