28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MB Johor turun Segamat, pasti mangsa banjir dapat bantuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turun padang ke daerah Segamat bagi memastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan yang sewajarnya dan berada dalam keadaan selamat.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, mangsa banjir di Johor kini mencecah hampir 24,000.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai berdoa agar segala urusan mangsa banjir dan petugas penyelamat dipermudahkan.

“Sama-samalah kita semua berdoa agar dipermudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir dan petugas-petugas diseluruh negeri Johor.

“Selepas menggerakkan peralatan khemah dan bantuan makanan tambahan melalui mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Bencana Johor, saya turun ke daerah Segamat untuk memastikan segala perancangan berjalan lancar.

“Syukur Alhamdulillah perancangan dari segi logistik berjalan dengan lancar biar ada penambahan yang diperlukan pada saat-saat akhir,”katanya.

Pada masa sama, Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas bantuan yang diberikan kepada rakyat yang ditimpa musibah banjir.

Semoga kurniaan yang disampaikan juga melalui Yayasan Sultan Ibrahim, JMF, bantuan makanan dan pemeriksaan kesihatan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta peruntukan dari Kerajaan Negeri sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada mangsa-mangsa yang sedang berlindung di PPS.

“Terima kasih juga kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kerana sudi menumpangkan saya dan pegawai agensi-agensi berkaitan dengan jentera mereka untuk menyeberangi jalan-jalan utama di Segamat yang ditenggelami banjir,”katanya.

Setakat ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir melonjak lebih dua kali ganda kepada 25,213 orang pagi ini melibatkan semua 10 daerah.

Segamat merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan 2,050 keluarga dipindahkan ke 55 PPS, diikuti Kluang dengan seramai 1,559 keluarga di 39 PPS; Kota Tinggi seramai 769 keluarga di 18 PPS; Johor Bahru melibatkan 607 keluarga di 12 PPS dan Pontian dengan 58 keluarga di lima PPS. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan