26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Segera pulihkan daya saing negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TREND penyusutan nilai ringgit kini berada pada tahap membimbangkan dan memerlukan perhatian rapi dan penerangan kepada semua pihak.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, UKM (MINDA- UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, berkata kadar tukaran ringgit hari ini mencecah RM4.63/ USD.

“Susulan itu, daya saing negara juga semakin menurun sekali gus menuntut agar kedudukan ekonomi diberi perhatian yang khusus dan bersungguh-sungguh. 

“Dalam tempoh 13 tahun, kedudukan daya saing Malaysia berganjak dari kelas belasan, ke kelas dua puluhan dan kini kelas tiga puluhan! Ini tanggapan dunia terhadap kita. 

“Penurunan sebegini bukan kejatuhan sementara, bukan bermula dari tahun lepas. Bukan sebab pandemik COVID-19. Ianya bersifat tren jangka panjang menurun yang jelas.

“Petanda yang tidak baik. Semua mesti bertindak bersama. Saya mengangkat perkara ini untuk tindakan kita semua-rakyat, firma dan kerajaan. Tidak kira siapa anda, kita semua bertanggungjawab. Ini negara kita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca juga:   Pelajar Malaysia rangkul emas pertandingan inovasi di Jerman

Mengulas lanjut, katanya, pengukuhan daya saing negara sangat penting dan semua pihak akan menanggung kerugian sekiranya negara kita terkeluar dari liga persaingan global. 

Katanya, kini bukan lagi masa berbalah serta saling menyalahkan, tetapi memerlukan tindakan bersungguh dan komited memperbetulkan struktur ekonomi negara dan bukannya sekadar pemulihan.

“Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan kerajaan bentuk kerangka tindakan yang komprehensif. Tindakan secara berasingan, menangani secara rencah masing-masing, tidak berkesan. 

Baca juga:   Musa Aman dakwa dapat sokongan bentuk kerajaan baharu Sabah

“Sebaliknya, kita perlu ‘comprehensiveness of actions’ semua pihak. Saling menyokong. Saya yakin kita belum terlewat dengan syarat bertindak dari sekarang. 

“Apa yang boleh saya dan anda lakukan. Kita sahut seruan Perdana Menteri, mari bersama kita angkat martabat negara. Membina Malaysia Madani yang memberi kesejahteraan untuk semua,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan